Tuesday, 1 July 2014

Sollu alan Nabiy...

Desir angin mengelus lembut pipi, menyedarkan diriku yang terbuai seketika. Fikiran tiada di alam nyata, melayang entah ke mana. Singgah ke merata-rata, di danau sepi, di laut luas yang indah membiru... Aku yang masih di sini, kian merindu. Sebak menyebu di dada, biarpun tiada ku tahu puncanya. Malam yang kian sepi semakin sepi ku rasa. Hanya bunyi unggas dan cengkerik menyapa di gegendang telinga, biar tiada memahami namun ku pasti mereka sedang bertasbih memuji Sang Pencipta. Aku terkagum sendiri. Sungguh, setiap yang ada menyatakan adanya Dia. 

Kembali, fikiran terasa bejat. Tiada tahu apa yang harus dilakukan. Biar kekeliruan mengaburi, namun ku tahu Dia lebih mengetahui rahsianya. Biar keliru menghampiri, namun hanya ini yang ku pasti dan yakin dengan sepenuh hatiku, aku mencintaimu!



Monday, 4 November 2013

CINTA





Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta .... Sekalipun cinta telah ku uraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri .... Meskipun lidah ku telah mampu menguraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang .... sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya .... Kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta .... Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya, bagaikan keldai terbaring dalam lumpur .... cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan .... -Jalaluddin ar-Rumi-

Friday, 21 June 2013

Muhasabah

Bismillah...
Sedikit coretan di malam yang agak sunyi ni...:)

Terkadang apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan
Terkadang apa yang kita hajati tidak tertunai
Terkadang kita kecewa apabila yang didamba tidak diperoleh
Terkadang kita menyalahkan orang lain apabila ditimpa musibah,bahkan menyalahkan takdirNya..na'uzubillah
Namun...
Pernahkan kita terfikir
Pernahkah kita terdetik
Adakah selama ini kita menunaikan hakNya
Adakah selama ini kita melakukan apa yang disuruhNya
Meninggalkan apa yang dilarangNya
Tidakkah kita terfikir, ada hikmah di sebalik semua musibah dan ujian yang menimpa
Berapa banyak nikmat yang telah diberikan kepada kita berbanding ujian yang hanya sedikit itu
Adakah kita mengharap segala yang indah2 sahaja
Sedangkan kita ini sering lupa padaNya,sering lalai mengingatiNya
Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bersyukur
Pandanglah segala musibah itu sebagai bahasa cinta dariNya
Pasti ada hikmah di sebalik segala yang terjadi...
Sama2 muhasabah..
Positif & senyum sokmo! ^_^

Teringat kata-kata seorang guru; " Anggap saja permintaan dunia yg tidak tidak kau dapatkan sama dengan sesuatu yang belum terlintas dalam fikiran dan belum kau minta"...



Tuesday, 10 July 2012

Did You Thank Allah for Your Eyesight?


A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: "I am blind, please help." There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, "Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?"

The man said, "I only wrote the truth. I said what you said but in a different way."

What he had written was: "Today is a beautiful day and I cannot see it."

Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing?

Of course both signs told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

"It is He, Who has created for you (the sense of) hearing (ears), sight (eyes), and hearts (understanding). But only a few of you are thankful." [surah Al-Mu'minun; 78]

-copy from a website. Say Alhamdulillah.Be a thankful person! :)

Wednesday, 4 April 2012

KERANA KULIT...

Assalamu'alaikum wbt...

KULIT?? Kenapa dengan kulit? Mai baca kisah ni...

Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.

Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit(dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran ?

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan
musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).

Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?

Jawapannya ialah ayat Al Quran surah An-Nisa' , ayat ke 56 yang bermaksud :
"Mereka yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan campakkan mereka dalam api; berkali-kali sehingga kulit mereka terbakar hangus. KAMI AKAN GANTI KULIT MEREKA DENGAN KULIT YANG BARU SUPAYA MEREKA MERASAKAN AZAB ; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana".

Beruntung Professor Tagasone kerana telah dipilih Allah untuk menerima cahaya hidayahNya.

Subhanallah!

Friday, 23 March 2012

Ada apa dengan lalang?

Assalamu'alaikum...

Jom kita baca sejenak sajak kat bawah(xtaula sajak ka puisi ka @ apa2 ja la)

Lalang,

Penciptaanmu untuk manusia memikirkan,

Tentang sebuah pendirian,

Pendirian yang menjadi paksi pegangan,

Agar tidak longlai seperti dedaun tirus,

Yang mudah rebah disapa angin,


Berdiri teguhlah,

Seperti pohon gagah yang berakar tunjang,

Memiliki kekuatan benteng pertahanan,

Biar angin menderu menggoyahkan kekuatan,

Namun tetap teguh memasak bumi.


Beringatlah,

Bayu yang bertiup lembut boleh melalaikan,

Jika kita leka dengan sapaannya,

Ribut yang bertiup kencang boleh memusnahkan,

Andai kita tidak bersedia memasak pancang keimanan.


Jadilah insan yang memiliki pendirian,

Membesar dan matang dengan panduan iman,

Selamatkanlah dirimu daripada kehinaan,

Daripada terlalu menurut kehendak zaman,

Peliaharalah dirimu dan keluargamu,

Daripada bahang dan maraknya api neraka.

(sumber: GenQ isu no.8)


Hebat kan? Daripada lalang yang besanya orang tak pandang pun kita boleh ambil pengajaran daripada penciptaannya. Subhanallah...

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi setelah matinya (kering) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal". (Al-Baqarah: 164). 


Ambillah hikmah daripada setiap yang Allah ciptakan di muka bumi ni.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s: Jangan jadi seperti lalang...